Senin, Januari 30, 2012

Renungan

Lelaki lajang akan menanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapaknya. Lelaki berkahwin akan menanggung dosa sendiri, dosa ibunya, isterinya, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN
Hukum menjelaskan anak lelaki akan bertanggung jawab atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik akan mendapatkan pahala kalau melakukan perbuatan yang tak baik dosanya akan ditanggung oleh suaminya.


BERATKAN
Suami harus menafkahkan penghasilannya kepada ibunya, isterinya dan anaknya, ini wajib bagi laki-laki tetapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu untuk kebutuhan ekonomi. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

suami memiliki tanggung jawab yang besar dan berat. Kalau mau dibayangkan beratnya sehingga dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Mayoritas usia wanita lebih panjang daripada laki-laki. Sedangkan laki-laki moyoritas usianya pendek kerana banyaknya menanggung dosa-dosa. Disamping itu laki-laki memilik keistimewaan yang dianugerah oleh Allah SWT.

Auratnya wanita lebih susah dijaga ketimbang laki-laki. Sehingga perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya untuk suaminya. kesaksianya kurang dibandingkan lelaki. Menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan. Wajib taat kepada suaminya namun suami tidak perlu taat pada isterinya. Sehingga Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ditakdirkan pada lelaki.

Sebagai gambaranya dan perumpamaan.
Benda berharga yang mahal harganya akan selalu dijaga dan dipelihara serta disimpan ditempat yang aman. Bisa jadi benda itu intan permata, pemiliknya tidak akan membiarkan intan tersebut diletakan disembarangan tempat… Itulah perumpamaan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami namun laki-laki wajib taat kepada ibunya sebanyak 3 kali lebih utama dari bapaknya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita akan bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, namun setiap saat kejadian dia akan didoakan oleh segala hewan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan jika matinya kerana melahirkan adalah syahid. Manakala dosanya diampun ALLAH .

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta pertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Tetapi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Renungkan..
Seorang wanita adalah pelengkap dan memang sangat istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,  DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat  mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggota badannya akan menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ada sesekali memberikan alasan untuk membela diri "

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

silahkan tinggalkan komentar ya...